Khamis, 12 Julai 2012

TIP PENJAGAAN RAMBUT



*Panjangkan Rambut*
Ambil sekurang2nya empat batang serai. Rebus dan biarkan ia mendidih.Kemudian,biarkan sejuk dan Basahkan rambut.Biarkan selama setengah jam.Kemudian bersihkanRambut anda Lakukan dua kali seminggu.
*Lembutkan Rambut*
Jika anda bercadang untuk shampoo rambut pada pagi esok Malam sebelum tidur hendaklah anda menyapukan minyak Bayi keseluruh bahagian rambut,pada pagi esoknya,syampulah Rambut anda seperti biasa. Anda akan dapat rambut anda lembut seperti biasa.

*Menghitamkan Rambut*
Ambil putih telur dan sedikit syampu yg biasa di gunakan.Gaulkan kedua-duanya kemudian lumurkan pada rambut anda dengan menggunakan sikat. Tunggu sehingga setengah jam,selepas itu cuci rambut anda. Selamat mencoba.

*Elakan rambut gugur* Gunakan santan yang di perap semalaman, Ambil patinya yang timbul di permukaan. Sapu rata di kepala dan balut kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu basuh rambut sebersih-bersihnya. Lakukan dua kali seminggu.Insya Allah masalah rambut gugur tiada lagi.

*Khasiat Buah mengkudu* Ambil tiga biji buah mengkudu yg sudah tua,Campurkan dgn sedikit air kemudian ramas dan tapis.Ambil airnya,lumurkan ke rambut yang berkelelumur.Biarkan selama 5 minit.Setelah itu cuci dengan sabun mandi.Dan lakukan beberapa kali sehingga kelelumur hilang.
*Mengatasi Rambut Gugur* Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda. Tumbuk hinga lumut.Gosokan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering, Kemudian,bilas dgn air suan dan cuci rambut menggunakan shampu. yang sesuai dengan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan